Category Archives: Islamic

Boleh tak hidup tanpa hutang?

Standard

As salam,

Hutang… Sensitif isu ni. Boleh ke nak hidup tanpa berhutang? How I wish I could. Kalaula duit den bertingket-tingket, Dari Jolobu sampai Bongek macam lagu Waris ni. Kan ke seronok… kan? kan? Tapi kita syukur lah dengan apa yang ada. Rezeki tu Allah yang bagi. Muhasabah diri balik. Hehehe

Zaman sekarang ni paling kurang pun mesti ada 2 hutang, hutang rumah n hutang kereta. Ermmm… hutang PTPTN? Personal loan? ASB loan? Credit card? Hutang MARA? Ni semua common list le dah kot? Bila ada hutang tido malam pun kadang2 tak lena. Sebab tu dalam Islam kita tak digalakkan berhutang. Tapi… Nak buat macamana kan.

Takpelah kita cuba amalkan doa2 ni setiap kali lepas solat. Dan rajin2 jugak baca surah Al-Waqiah. Sabda  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Nanti baca link ni tentang kelebihan Al Waqiah.

doadoa1

Jom amalkan. InsyaAllah akan dipermudahkan olehNya.

It’s Friday

Standard

As salam,

What??? Today is already friday? Rasa macam baru je start minggu ni. Hari Jumaat adalah hari yang ditunggu2 sebab it’s the last day to go to work or to go to school. Best sebab esoknya cuti. But, apart of it, hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari untuk kita orang2 Islam melipatgandakan segala amalan kita. Guys of course akan pergi berjemaah di masjid. Semua masjid akan penuh sampai parking pun tak cukup. How I wish to see that masjid2 akan sentiasa penuh dengan ahli jemaah di setiap waktu solat. InsyaAllah.

Ada banyak info tentang amalan2 sunat ada hari Jumaat. Here’s the list, untuk peringatan diri sendiri juga ni. Jadi lepas ni tak payah la nak mencari2 kat sana sini.

  • Banyakkan selawat terhadap junjungan besar kita, Nabi Muhamad s.a.w
  • Memotong kuku
  • Mandi sunat terutama pada yang nak pergi tunaikan solat Jumaat
  • Membaca surah Al-Kahfi
  • Bersedekah
  • Berzikir
  • Memakai pakaian sunah dan pakaian berwarna putih
  • Memakai wangi-wangian (kepada lelaki)
  • Sampai awal di masjid
  • Banyakkan berdoa
  • Membaca Al-Quran

Ada satu hadis Nabi yang berbunyi:

Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Image
Subhanallah… Jadi marilah kita sama2 berusaha mendapatkan kerberkatan hari Jumaat ni. Mungkin kita tak sempat jumpa pun Jumaat akan datang. Wallahualam.